www.shahrazali.com
Perniagaan, Kewangan & Semasa
Salam sejahtera,

Beberapa bulan yang lepas kecoh mengenai dakwaan kerajaan pusat mengenai kemunduran bandar Kota Bharu. Seperti mana kita sedia maklum, Kota Bharu merupakan ibu negeri kepada Kelantan Darul Naim. Semua pentadbiran negeri berpusat di Kota Bharu. Kegiatan ekonomi pada hari ini cukup mampan jika dibandingkan dengan 10 tahun yang lalu. Wujud pelbagai bangunan baru dan pusat membeli belah di kawasan Kota Bharu. Namun adakah ini menandakan Kota Bharu sudah maju? Melihatkan situasi ini, bagaimana boleh kerajaan pusat mendakwa Kota Bharu sebuah bandar yang mundur? Jika dibandingkan dengan tiga negeri dipantai timur, sudahkah Kota Bharu mampu menyaingi dua bandar lain iaitu Kuala Terengganu dan Kuantan? 

Saya ada beberapa point yang boleh kita tafsirkan atau analisa sendiri mengikut persepsi masing-masing adakah bandar Kota Bharu sudah maju atau tertinggal jauh dengan Bandaraya Kuala Terengganu dan Kuantan.

  1. Tidak dinafikan, di bandar Kota Bharu terdapat banyak hotel-hotel besar malah ada yang bertaraf 4-5 bintang. Namun adakah ini tandanya Kota Bharu sudah maju?
  2. Kota Bharu juga ada pusat membeli belah yang lebih hebat daripada Bandaraya Kuala Terengganu, tetapi adakah ini mencukupi untuk mengatakan Kota Bharu sudah maju? 
  3. Bagaimana pula dengan komposisi penduduk di Kota Bharu? Adakah mencukupi atau berlebihan untuk bandar sebesar Kota Bharu?
  4. Bagaimana pula lanskap bandar Kota Bharu? Adakah tersusun atau mencermin sebuah bandar yang maju dari segi imejnya?
  5. Kemudahan prasarana di bandar Kota Bharu sudahkah diperbaharui jika dibandingkan dengan 10 tahun yang lalu? Serasa saya, masih sama. 
  6. Bagaimana pula dengan infrastruktur di bandar Kota Bharu seperti jalan raya dan sistem bekalan air? Adakah wujud satu sistem yang baik di bandar Kota Bharu? Jika ya, mengapa masih banyak tempat yang berlakunya kesesakan jalan raya? Lebih-lebih lagi ketika tibanya musim perayaan. Atau adakah perancang bandar tidak sedar akan hakikat ini atau sekadar tutup mata?
  7. Bagaimana pula dengan penjanaan ekonomi bagi penduduk Kota Bharu? Sudah ia mencapai tahap sebuah bandar yang menjadi ibu negeri ? Jika ya, kenapakah banyak usahawan-usahawan yang berasal dari Kelantan atau Kota Bharu yang kini menetap dan rancak menjalankan perniagaan mereka di Lembah Klang? Kenapa mereka tidak mahu pulang dan memajukan negeri kelahiran mereka? Atau wujudnya kekangan politik mahupun tiada sokongan daripada kerajaan negeri? 
  8. Tidak dinafikan Kelantan adalah penyumbang ramai warganegara berstatus jutawan di Malaysia. Tetapi persoalannya, kenapakah tidak ada inisiatif daripada kerajaan negeri untuk menarik mereka kembali ke Kelantan? Malahan usahawan-usahawan jutawan yang tinggal di Kelantan juga sudah tidak ramai. Nasib baik mereka masih menjalankan perniagaan di Kota Bharu. Ini sekaligus dapat membantu menyediakan pelbagai peluang perniagaan.
  9. Dakwaan Datuk Nik Abdul Aziz yang Kota Bharu memiliki Tesco, Giant dan pelbagai lagi pusat membeli belah menandakan Kota Bharu sudah maju. Adakah ini boleh dijadikan kayu pengukurnya? Kita kena ingat Kota Bharu adalah berstatus ibu negeri dan bukannya bandar di daerah kecil. Bagaimana pula dengan Grik yang juga memiliki Tesco? Adakah Grik juga ibu negeri bagi negeri Perak?Tidak bukan, jadi seharusnya Kota Bharu mencapai satu tahap seperti Kuantan atau mengejar status bandaraya seperti Ipoh atau Alor Star.

Saya tinggalkan soalan-soalan ini untuk kita sama-sama fikirkan mengikut persepsi masing-masing. Saya percaya setiap daripada kita punya penerimaan yang berbeza. Oleh itu kita sama-sama fikirkan dan berharap semoga satu hari nanti Kota Bharu juga akan mencapai status bandaraya dan menjadi negeri ISLAM termaju di Malaysia.


Comments (2) | Saturday, February 06, 2010 12:33:07 PM
PUBLIC MUTUAL BHD:
Public Savings Fund** 0.5018    
Public Growth Fund** 0.3612    
Public Index Fund 0.4833  
Public Industry Fund** 0.4042    
Public Aggressive Growth Fund** 0.5136    
Public Regular Savings Fund 0.4260  
Public Balanced Fund** 0.6177    
Public Bond Fund 0.9521  
Public Ittikal Fund** 0.6834    
Public Smallcap Fund** 0.5800    
Public Islamic Bond Fund 1.0072*  
Public Equity Fund** 0.2108    
Public Institutional Bond Fund 1.0081  
Public Islamic Equity Fund 0.2474  
Public Money Market Fund 0.9914  
Public Focus Select Fund** 0.1592    
Public Enhanced Bond Fund** 0.9438    
Public Dividend Select Fund 0.2171  
Public Islamic Opportunities Fund** 0.2207    
Public Islamic Balanced Fund 0.2126  
Public Far-east Select Fund** 0.1888    
Public Select Bond Fund 1.0019  
Public Islamic Dividend Fund 0.2414  
Public Regional Sector Fund** 0.1663    
Public Asia Ittikal Fund** 0.1874    
Public Global Select Fund** 0.1572    
Public Far-east Dividend Fund** 0.1718    
Public Islamic Enhanced Bond Fund** 0.9667    
Public Far-east Balanced Fund** 0.1713    
Public Global Balanced Fund** 0.1788    
Public Islamic Asia Dividend Fund** 0.1573    
Public China Select Fund** 0.1314    
Public Islamic Money Market Fund 1.0263  
Public Far East Property & Resorts Fund** 0.1150    
Public Islamic Select Bond Fund 1.0302  
Public Islamic Asia Balanced Fund** 0.1776    
Public South-east Asia Select Fund** 0.1454    
Public Sector Select Fund 0.1684  
Public Islamic Sector Select Fund 0.1714  
Public China Ittikal Fund** 0.1426    
Public Far-east Consumer Themes Fund** 0.1893    
Public Islamic Select Treasures Fund 0.2047  
Public China Titans Fund** 0.1815    
Public Islamic Optimal Growth Fund 0.1881  
Public Far-east Telco & Infrastructure Fund ** 0.2415  
Public Capital Protected Select Portfolio Fund ** 1.0213  
Public Islamic Select Enterprises Fund 0.2413  
Public Islamic Income Fund 1.0143  
Pb Balanced Fund** 0.7224    
Pb Growth Fund** 0.6207    
Pb Fixed Income Fund 1.0188  
Pb Islamic Equity Fund 0.1772  
Pb Islamic Bond Fund 1.0328  
Pb Asia Equity Fund** 0.1868    
Pb Islamic Asia Equity Fund** 0.1582    
Pb Cash Management Fund 1.0218  
Pb Cash Plus Fund 1.0010  
Pb Asean Dividend Fund** 0.1529    
Pb Islamic Cash Management Fund 1.0172  
Pb Euro Pacific Equity Fund** 0.1337    
Pb Islamic Asia Strategic Sector Fund** 0.1313    
Pb China Pacific Equity Fund** 0.1222    
Pb Asia Real Estate Income Fund** 0.1603    
Pb Islamic Cash Plus Fund 1.0018  
Pb China Asean Equity Fund** 0.2069    
Pb Capital Protected Dragon Fund** 0.9780    
Pb Capital Protected Resources Fund** 1.0042    
* Profit sharing based on the net income before tax
**Price Of 2 preceding business days
Comments (0) | Monday, February 09, 2009 10:22:41 PM

Hi all, this column I would like to have an open discussion with you guys regarding financial issues. If you have any advise, enquiries or suggestion please feel free to post your comment here. In english or malay. Jom guys!!!

Comments (0) | Sunday, January 25, 2009 5:37:52 PM