Petang tadi, jam 5.30pm, dipadang MPSJ Subang Jaya, team saya, Shahgroup FC tumpas 4-6 kepada MPSJ FC selepas mendahului 3-1 pada separuh masa pertama. Saya agak terkilan kerana 5 gol dijaringkan dalam tempoh 20 minit.
Perlawanan persahabatan ini adalah sebagai persediaan untuk menghadapi liga FAS yang akan berlangsung Mac nanti. Saya akui MPSJ FC berada setakuk lebih baik daripada Shahgroup FC. Apa yang amat mengecewakan saya ialah semangat juang pemain-pemain saya tidak dipamerkn sepenuhnya disamping strategi yang tidak kena.
Jika kalah dengan melawan saya tidak kisah. Saya hargai kesungguhan yang dipamerkan, namun sebaliknya yang ditonjolkan oleh pemain-pemain saya. Mereka seolah-olah tidak bersemangat dan tidak berkeyakinan apabila menentang pasukan yang lebih baik.
Sebenarnya, pada pengamatan saya, jika pemain-pemain menunjukkan semangat dan permainan yang bermutu tinggi, saya pasti kami boleh menang. Masih tidak dapat saya terima, sikap main-main yang ditunjukkan oleh pemain-pemain saya. Ini sekaligus melemahkan semangat saya yang ketika ini sedang mencongak untuk memberikan insentif tambahan kepada pemain-pemain apabila liga FAS bermula nanti.
Walauapapun, kita tunggu dan lihat bagaimana pula mutu perlawanan yang akan disajikan oleh pemain-pemain saya pada perlawanan persahabatan menentang PKNS FC pada 21 February nanti dipadang PKNS. Jom kesana !