www.shahrazali.com
Perniagaan, Kewangan & Semasa
TIPS JUTAWAN !

Ramai orang ingin menjadi jutawan. Tetapi tidak ramai yang tahu yang anda tidak semestinya menjadi .... untuk menjadi jutawan..

  • Anda tidak semestinya menjadi pereka atau pencipta untuk menjadi jutawan. Ini kerana anda boleh menggunakan ciptaan atau rekaan orang lain untuk menjana wang untuk mencapai cita-cita menjadi seorang jutawan. Tapi anda perlu...
  • Anda tidak semestinya memiliki idea yang besar atau hebat untuk menjadi jutawan - Cedok idea orang lain dan jadikanya lebih kreatif dan innovative untuk jadikan and seorang jutawan ! Tapi anda perlu...
  • Anda tidak semestinya memiliki product sendiri untuk menjadi jutawan. Sebagai contoh, agen-agen unit trust menjadi jutawan tanpa memiliki product mereka sendiri. Tapi anda perlu... 
  • Anda tidak perlu memiliki modal yang besar untuk menjadi jutawan. Contohnya, Dr.Irfan Khairi hanya melabur RM 500 sebagai modal untuk menjadi jutawan. Tapi anda perlu... 
  • Anda tidak semestinya mempunyai sistem yang canggih untuk memastikan anda boleh jadi jutawan. Dalam erti kata lain, jika anda ada sistem yang canggih tapi tak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin maka takde gunanya...Tapi anda perlu...
  • Anda tidak semestinya memiliki kelulusan PhD, Master atau Degree daripada universiti terbaik diatas muka bumi ini untuk menjadi jutawan. Tapi anda perlu...
  • Anda tidak semestinya pandai menulis atau mengarang untuk menjadi penulis atau pengarang jutawan...Tapi anda perlu...
  • Anda tidak semestinya minat didalam bidang perniagaan yang anda ceburi hanya untuk menjadi jutawan. Tapi anda perlu...
  • Anda tidak semestinya menunggu untuk strike projek-projek atau kontrak-kontrak yang bernilai jutaan ringgit untuk menjadikan anda seorang jutawan...Tapi anda perlu...
  • Anda tak semestinya perlu bekerja 24jam sehari untuk menjadi jutawan tetapi... anda perlu...
  • Anda tak semestinya menjadi pakar dalam bidang anda hanya untuk menjadi seorang jutawan tetapi anda perlu...
  • Anda tak semestinya menyediakan after sales service untuk memastikan perniagaan anda menjadikan anda seorang jutawan. Tetapi anda perlu...

Jawapan kepada anda perlu ialah :
  • Anda perlu mempunyai ilmu - Walau sekaya mana pun anda tetapi jika anda berhenti belajar maka anda seolah-oleh menamatkan hayat perniagaan anda dan melucutkan status jutawan anda.
  • Anda perlu memiliki pandangan seperti seorang jutawan. Lihat saja Donald Trump, disebalik kegagalannya, pandangan jutawannya telah menjadi inspirasi untuk kebangkitan semula.
  • Anda perlu kreatif daalam pemikiran anda. Think outside the box !
  • Anda perlu bijak dalam mengurus dan berhadapan dengan pelbagai situasi. Kebijaksanaan anda menjadi penentu anda mampu menjadi jutawan atau tidak !
  • Anda perlu ada selling skill yang tinggi. Untuk mendapatkan hasil semuanya datang daripada sales. Mana yang penting bagi sebuah syarikat, orang yang boleh membuat sales atau orang yang hanya menguruskan kerja-kerja pentadbiran syarikat. Jika anda seorang penulis buku, yang mana lebih penting tulisan yang betul tatabahasanya atau buku yang menarik untuk dibaca dan laris jualannya?
  • Anda perlu work smart bukannya work hard. Yang penting disiplin anda terhadap kerja anda. Quality,quality & quality bukan quantity !
  • Anda perlu bijak mengeksploitasikan persekitaran anda. 
  • Tak perlu after sales services kerana anda menjalankan perniagaan affiliates atau MLM... ada orang lain yang menguruskannya untuk anda.


   < All Blog | Comments (1) | Wednesday, March 24, 2010 1:28:07 PM
Blog's Comments

Name :

Email (optional)

Comments :