www.shahrazali.com
Perniagaan, Kewangan & Semasa
TIP JUTAWAN !

1. Salam, semalam saya dijemput untuk berkongsi tip-tip mengenai pelaburan unit amanah  di salah sebuah syarikat unit amanah terbesar di Malaysia.

2. Saya ditanya oleh salah seorang agen mengenai perbandingan pelaburan unit amanah Islamik dan ASB. Soalan yang menarik tetapi agak mengejutkan saya. Pada pengamatan saya seharusnya agen-agen menyedari hakikat ini.

4. Tidak saya nafikan ASB merupakan salah satu tool pelaburan terbaik yg dimilki oleh bumiputera. Tahniah buat PNB.

5. Pun begitu, Unit amanah Islamik adalah lebih baik bagi mereka yang memilih untuk melabur secara Islamik. Ini kerana unit amanah dikawal selia oleh shariah board manakala ASB/ASN tidak ada shariah board yg mengawal selia pelaburan mereka.

6. Jika soal hukum menjadi pokoknya (saya bukanlah org yg arif mengenai hukum), kita sebgai umat Islam seharusnya sedar dan jelas difardhukan kepada kita untuk memilih pelaburan yang sah dan diperakui oleh syarak.

7. Kita tidak boleh memilih didalam soal ini. Kita dipertanggungjawabkan untuk memastikan syariat tidak ditinggalkan dalam apa jua urusan seharian kita. 

8. Didalam mencari berkat dan redha Illahi, kita tidak boleh hanya mengikut sesetengah sahaja, tetapi seharusnya kita mengikut keseluruhanya. Harus diingat, pelaburan bererti mengandakan wang kita dalam apa jua mekanisme, tetapi soal halal & haram tetap menjadi priority kita.

9. Mahukah kita menjadi kaya dan berjaya tetapi tidak mendapat redha dan barakah Allah? 


10. Sama-samalah kita mencipta kekayaan & kejayaan didalam redha Illahi. Insya Allah.


   < All Blog | Comments (1) | Thursday, April 15, 2010 11:58:37 AM
Blog's Comments

Name :

Email (optional)

Comments :