My Profile
- Name : Dr Wan Shah Razali
- Gender : Male
- Location : Malaysia
- Website : www.shahrazali.com
- About Me : Dr.Wan Shah Razali dilahirkan pada 17 Januari 1980 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau adalah Pengerusi Excutive dan President Shah Group (M) Sdn Bhd. Shah Group (M) Sdn Bhd adalah syarikat induk kepada Shah Holdings (M) Sdn Bhd, Shah Capital Sdn Bhd, Shah Engineering & Resources, Shah Financial Consultancy dan Shah Consultancy. Beliau pernah berkhidmat di beberapa bank-bank tempatan dan bank luar negara dan mempunyai pengalaman luas didalam perbankan konvensional dan perbankan Islam. Beliau memegang ijazah Bachelor Business Administration dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2002. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Master Business Administration pada tahun 2007. Beliau memiliki dan dianugerahkan Doctor of Business Administration pada tahun 2009. Dalam bidang perniagaan, beliau melibatkan diri dalam beberapa bidang perniagaan seperti kerja-kerja pembaikkan paip, khidmat nasihat kewangan, pengurusan pinjaman bank, insuran nyawa dan am, pelaburan unit amanah, firma audit, pengedar dan pemasangan sistem GPS, perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri, perniagaan internet dan pernah mengendalikan kursus dalam perkhidmatan untuk agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam bidang motivasi, pembangunan usahawan, khidmat pelanggan,etika kerja, budaya korporat, pengurusan,dan skill pemasaran efektif. Selain menjadi ahli perniagaan dan perunding kejurulatihan pembangunan usahawan, beliau juga merupakan Presiden kepada Kelab Bola Sepak Starbright FC atau lebih dikenali sebagai Shahgroup FC yang kini bermain didalam liga FAS.
- My Yahoo ID : shahrazali


